Tuesday, March 5, 2013

Berita masa kini...

Salam n selamat petang!! Ya Allah... dah lame giler gasenye tak update blog ni. entah hidup ke tak lagi.. huhu... Almaklum la.. sibuk keje macam nak giler. sempat online pon bukak facebook je.. nak menjengah ke blog n meluahkan isi hati dan perasaan memang tak sempat la. by the way... banyak benda dah berlaku since my last post. of coz la kan... last post pon tahun berape ntah... heheheh.. teruk giler kan die ni?? so mase yang ade sekarang ni nak dimanfaatkan utk share sedikit cerita tentang apa yang dah berlaku dalam hidup aku. macam telenovela pon ade. huhu..

PULANG KE MELAKA

Untuk makluman semua dulu aku kerja kat Shah Alam, Selangor. Kenape? Sebab aku praktikal kat sane. then dapat sambung kerja kat tempat praktikal aku tu selama 6 bulan kontrak. dalam masa yang sama aku kerja part time kat 7E di Icity,Shah Alam. tempat lampu2?? yupp!! bandar teknologi apentah name nye...hihi.. dekat setahun jugak la kerja 7E tu. ok,sambung cite balik. nak diikutkan cite, company aku kerja kontrak tu ada krisis sikit. so takde rezeki aku nak sambung kerja kat situ coz kontrak aku tak sambung.

pastu ada la sorang hamba Allah ni kawan baik ayah mintak tolong kawan die hantar resume aku utk apply kerja kosong. then aku dapat kerja as lab technician kat BP environmental testing kat subang jaya. berulang alik naik motor la dari shah alam. starting kerja tu memang stress giler.. selalu kena buat itu ini. if orang lain tengok memang aku macam kena buli dah. tapi adat la orang baru kan.. tak kisah. juz stress sikit sebab bos cerewet. yupp.. perempuan. tambahan pulak ilmu2 kimia dalam otak aku ni dah berkarat. tapi jalankan jugak la. kontrak jugak 3 bulan. senin-jumaat. sabtu 1/2 day... lama-kelamaan aku dah selalu balik lambat. pastu kol 7 terus bergegas kerja part time.sampai kol 11 malam. tu pon bukan sharp kol 11 malam balik. kadang2 kol 12 lebih... penat giler badan. sampaikan pernah datang kerja malam tak buat apa2 kerja. jage post je... giler. aku memang giler time tu. then aku decide aku nak berhenti kerja part time. so aku berhenti bulan 1 kot ari tu.

kontrak aku tamat bulan 3. lama2 tu kerja da best sebab bos pon da ok. die cakap aku da banyak improvement. kerja dengan aku senang je. asalkan aku ada kerja, aku buat kerja aku sampai siap, tu je. so dorang offer aku kerja permanent kat situ. tapi malangnye ibu aku tak suke aku kerja jauh2. die banyak kali suruh aku balik melaka carik kerja kat melaka. aku bukan tak nak tapi aku malas nak duduk uma mengadap abang aku n tau2 jela kalau duduk dengan family ni macam terkongkong sikit. lagi2 kalau anak perempuan. so aku dalam dilema. kerja da ok. ibu pulak suruh balik. macam2 komen aku dapat. kawan kerja aku gamai yang suruh aku stay. sebab aku tau kerja rutin harian yg aku buat kat lab tu takde sape yang gajin buat. nak dipendekkan cite entah macam mane aku bole terbukak hati nak balik melaka. sebab aku da mule gase sunyi dok sorang2 kat sane. member bukan ada sangat. makan pon tak tentu.. so di situ la permulaanye aku decide nak balik kampung. lagipon tak larat da nak dengar ibu menangis ngadu sal macam2.. ^_^

tapi at the same time aku ni bole dikatekan buat kerja giler. balik kampung tanam jagung. iaitu menganggur tak carik kerja lagi. kuang,kuang,kuang........... tapi aku plan nak belajar jahit baju dengan ibu sebenarnya. amik upah jahit baju kurung. aku bukan apa. malas sebenarnya nak kerja makan gaji lagi....  lau orang len dengar memang la rugi kan aku decide nak amik upah camtu. dah belaja tinggi2 balik melaka tak nak kerja. entah la. malas sebenarnya nak pikir apa kate orang. bukan mulut orang yang bagi aku makan. besides that, aku berhajat nak mulakan balik minat aku dalam menulis. sajak,cerpen or maybe novel. sekadar mengisi masa2 terluang. tapi tengok la. susah jugak kalau takde duit poket sendiri ni. mungkin aku carik kerja sementara dulu ke nak kumpul duit sikit ke kan. tak tahu la macam mane. sume dalam perancangan. takut sebenarnya nak menghadapi dunia realiti kat luar sane.

TEMAN DALAM HATI

ni lagi 1 kisah hidup yg menyayat hati dan kalbu. huhuh... ni adalah buah hati yg ke-5 kot.. fuhhh gempak... hehehe... tapiiiii.... aku tak tahu la. die dah xsayang makwe die tapi perempuan tu tak nak lepaskan die jugak. aku yang bermule sebagai shabat dgn mamat ni pulak tibe2 jadi mangsa hati dan perasaan yang tibe2 jatuh sayang pada die. aaaaaa statement yg sangat tak bole blah.

to be continue...... :)

Monday, May 28, 2012

Aduan hati.

Assalamualakum dan selamat pag uuooolllsss!! awalnye bangun?? yupp, sebab bangun sahur puase sunat rejab. ganti puase dah habis Aah.. hihihi.. nak cite pasal ape ni?? ENTAH!

sebenarnye juz nak kongsi rutin harian aku. lately ni aku selalu sangat rase letih n mengantuk tahap gaban bile pergi kerja. well.... for ur in4mation, la ni aku dok buat 2 kerja. 1 kerja ofis hour kat tempat aku praktikal dulu. pernah kot gitau dalam post before ni.. pastu balik kerja tu aku dok wat kerja partime kat 7 ELEVEN kat Icity dekat ngn uma aku dok skang ni... balik kol 11,12 malam. mane badan tak letih ye dakkk??? hehehe..

hang yang gatai p wat kerja partime tu buat pa???

meh cek habaq mai sikit... aku bukan apa. saja nak mengisi masa aku yang terluang kat rumah ni. ramai yang kate aku dok kumpul duit la  ni dah serupa macam orang nak kawin kumpul duit! ada ke patot!! ye, memang aku nak kumpul duit. tapi bukan untuk nak kawin tapi nak tolong parents aku. 

awatnya dengan parents hang?? hang anak tunggal ka??

nope! aku ada abang. abang aku skang 26 tahun. die dah kerja. tapi jarang bagi ibu aku duit belanja. in fact, aku taknak sambung belaja pon sebab ni. bapak aku nak support aku n family memang semput. cukuplah time aku belaja diploma dulu. even dapat pinjaman MARA pon, sumpah memang takkan cukup!! nak2 nak sambung degree yg for sure it needs a lot of money! NO. aku bukan jenis yg sanggup nk mintak2 duit dengan mak bapak unless terpakse mmg takda duit. baru aku mintak. thats why aku taknak sambung belaja, aku nak kerja, then aku nak bagi belanja kat mak bapak aku. even sikit pon, at least membantu. macam hari tu pon aku balik sekajap sebab pakcik aku meninggal.. nasib baik aku hulurkan duit sikit kat ibu aku. ibu aku cakap abang aku bulan lepas tak bagi pon duit belanja. padahal dia kena tahan wad dekat 2 minggu sebab cirit birit. ayah aku xde tuntut pape pon dok jenguk die segala pe semua. tapi at least hulur la sikit. aku dah tau nak cakap ape lagi.. dia anak sulung. perangai dah macam tu dari dulu. sebab tu aku taknak dok keje dekat2 uma. aku malas nak mengadap perangai die macam tu. ibu pon dah kuase nak melayan. ayah pon xtahu nak cakap macam mane lagi dengan dia. 

hang tak rasa rugi ka xsambung belaja??

tak. sebab aku yakin pada rezeki Allah. kalau ada rezeki aku sambung belaja insyaAllah ade la. ibu aku jenuh dok tanye nape taknak sambung belaja. aku malas nak cakap sebab ni. pastu bole plak abang aku dok menyampuk  " abang bole support sikit laaa"  pulak dah... nak bagi duit belanja kat ibu pon susah nak support aku belaja.. memang harappppan la kan... bile aku pandang bf aku skang ni.. baru 24 tahun. tapi dah mampu pakai kereta n motor sendiri. abang aku?? motor pon rembat bapak aku punye. kereta?? lagi harammmmm.... takde niat nak bukak pekung family sendiri. tapi bile dah dok jauh2 ni dengan kawan2 yg baru.. aku jadi takde tempat nak mengadu. soooooo...kat blog ni la aku ngadu. sedih duka gembira aku semua kat blog ni. memang jarang update sebab buzy. balik kerja dah penat. tunggu weekend jela ade masa nak on9 fb ke blog ke.... tapi as long as aku suke kerja yg aku buat, so kalau penat tahap giga pon takde hal... sempoi ja...hehe.. ok lah. ni jela kot entry kali ni. nak kejut si buah hati tersayang bangun tido. babai!

Saturday, May 19, 2012

Lagu favourite!

Assalamualaikum n slamat pagi! lame tak update. sibuk siang malam keje. nak cari n kumpul duit lah katekan. nak makan pon tak sempat. huhu.. ni ujung minggu baru nak curi mase sikit nak on9 segala ape semua. juz nak share beberapa lagu yang aku suke n giler sangat! dulu time free, tak sah lau sehari tak dengar lagu2 ni. hehe.. tapi lagu semua lagu telinga berdarah la. maaf la ye. but this is me. the garang, the moody and the serious girl with very da tangkap leleh song. hope enjoy the song. ^-^


PENDAM BY SHAHIR.


TENTANG RASA- ASTRID




HAFIZ& ADIRA- OMBAK RINDU




DYGTA- KARENA KU SAYANG KAMU





Friday, April 13, 2012

I'M in LOV3???

Assalamualaikum n selamat pagi! Aku tak boleh tido sebenarnya pagi2 buta ni. Actually semalam dok merayau and balik rumah dekat pukol 5.30 pagi la jugak. Gila kan?? but ada orang yg sudi nak temankan so tak pela kot. Hehehe.. dah lama tak update blog. Follower pon dah tambah daripada 1 ke 2 orang. thanx!! xoxo. so la ni nak membebel pasal seseorang sebenarnya. Siapa?? 

DIA.
 Aku kenal dia time aku praktikal kat CCMF. Dia biasa2 je tapi suke mengusik orang.  sedikit sebanyak terusik la jugak hati ni kan. nama pon perempuan. pastu dia ada mintak no phone. aku tak bagi. konon nak jual mahal la tapi yela. takkan sesuka hati nak bagi no kat orang yg xkenal kot. kang kate perempuan ni senang sgt plak. pastu ada 1 eksiden yg membuatkan aku trpaksa mendapatkan no telefon die then start dari itu no dia pon disave dalam fon aku.

 SO WHAT??
 macam aku cakap, hati aku adalah terusik sikit kan dgn usikan dia tapi diam jela kan. takkan tetiba nak start langkah dulu. da lama tu tetiba dia hilang. lama tak nampak dia kat tempat keje. then mesej pon tak. hilang jap harapan yg mula bertunas dalam hati. then go on jela. tetibe masa aku otw nak g keje malam lepas aku dah abes praktikal kat tmpat tu dia muncul balik.fon bergetar then tgok2 msg name dia. excited gak la tapi cover la cket kan. hihi.. dia cakap dia hilang lama tak msg aku sbb ada masalah. ntahkan ia ke tak, wallahualam. pendek cite, sampai skang ni kami keep in touch lagi.

WHERE's THE FIRE GIRLs??
dia ajak aku keluar. 1st date?? entahlah. tapi aku on jela kan. tak tahu mana datang perasaan yakin n percaya yg dia takkan wat pape kat aku time keluar tu. follow je. g makan. then aku mintak dia bawak g tanjung harapan. bestnye!! lama tak rasa angin laut. then tibe2 dia cakap "kalau saya nak kenal awak lagi rapat bole tak". sentap jap. lau takat kawan je aku memang tak kisah la kan. berkawan biar 1000. tapi tak harap lebih2 pon nak feeling2 ke apa. awal lagi kan. so aku go on jela ngan dia. mesej, kol, jumpa. hidup aku terisi kembali lepas member aku dah balik melaka tinggal aku sowg2 kat shah alam ni.

REALLY?? THEN?
tipu aku cakap dah lama2 tu takde perasaan suke kat dia. tapi diam jela kan. dia layan aku macam bukan kawan biasa. then aku cakap kat hati, " mira, dia nak kawan je kan? awal lagi. sabar ek". memang tahan perasaan betol. setelah lama bersendiri, hati kosong tanpa penghuni bergelar lelaki, then dia muncul. perwatakan aku yg memang kasar, cakap pon memang lepas kadang2, cepat marah, merajuk semua memang aku tak kontrol lah depan dia. dia selalu je cakap awak ni memang kasar kan?? owang melaka memang semua kasar2 ek? antara ungkapan yg selalu dicakap. aku cume mampu tergelak n senyum je. kalau duduk dengan dia ni, kalau tak gelak memang tak sah. tak tahu kenapa. bersama dia aku senang. rasa selamat even keluar sampai pagi merayau dengan dia. 

TAK AWAL SANGAT KE??
memang. cepat sangat kan aku nak suka kat orang. but this is me. mudah sayang orang. the lau patah hati memang remuk lah wehhh.. tapi bab hati perasaan ni mana ada remote control nak kawal2?? betol x? lagipon, sepanjang aku kenal dgn para2 lelaki di luar sana yg kononnya nak mengenali aku (macam banyak sangat la pulak kan) dia adalah lelaki yg pertama berani nak confront dengan aku pasal perasaan dia. "kalau saya cakap saya suka kat awak?" hamek kau! terkedu aku. nasib xminum air tang tu. lau tak free2 tersembur! tapi aku cakap kat dia tipu lah kalau aku xde perasaan suka kat dia tapi aku takut. takut nak mengharap pada hubungan yg lebih serius sebab pengalaman b4 ni banyak mistake drpd aku sendiri. aku takut tak mampu nak faham orang lain sebab diri aku snediri pon aku susah nak faham.


kiteorang banyak sembang pasal bab2 hati ni actually. dia pon pernah gagal dalam relationship sampai fobia. aku pon serupa. dia ni pulak memang la spesis makhluk yg straight to the point ngan aku. tanya depan2. mane pernah kot aku dgn laki2 nak cakap bab2 hati semua ni face to face?? then lama2 aku try la terima cara dia. sebab dia pon memang selalu ikut rentak kepala aku yg memang tak boleh nak pakai sangat ni. mengenangkan dia aku bahagia sebenarnya. tapi aku takut nak serius ngan dia. takut nak mengharap. susah betol lah kan macam ni?? pengalaman dengan orang tersayang mungkin membuatkan aku takut nak terima orang lain dalam hidup aku sebab takut terluka lagi. aku taknak sendiri lagi tanggung pedih. nama dia aku sebut2 dalam doa. andai benar takdir menemukan aku dengan dia maka mohon dipermudahkan segala urusanku. jujur aku ikhlas mohon pada Pemilik semesta alam ni. kerana Dialah yang memegang hati2 ini. maka pada-Nya sajalah tempat mengadu.


FINAL DECISISON??
i dun know. #_#
hope for the best. pray for me plez...
really hope for this guy to be somebody to be loved by me.
that can accept for who i am.
that can understand the way i live my life.
that can change me to be a good person.
that can be my shoulder whenever i want to cry.
that can make me the person with a lot of love.
that can be the girl he can't live with.
and,
that can be the partner for the rest of my life.
AMIN.



Sunday, February 26, 2012

Monolog kecil

senandung hati bergema lagi
tiba malam sendiri 
bermonolog dengan hati
berimaginasi dengan fantasi
sedapkan hati masih cerah masa depanku
sesungguhnya takdir bukan dalam genggaman kecil ini
tiap tapak yang melangkah
sudah ditentu
maka tiap detik yang berdenting
bukan aku pemiliknya
 hanya mampu kumenuntut
moga esok hariku 
masih mampu aku menitipkan senyuman.
 

Monday, February 20, 2012

Forever alone.

Salam. hai! jam menunjukkan jam pukul 11.38 malam skang ni dan tengah buat report tuk presentation LI ni tapi nak menyimpang kejap kat blog kesayangan ni.. well, nak berbicara tentang forever alone ni sebenarnye. siape?? aku?? YES. frankly speaking life aku macam bosan sebenarnye. 

WHY??? 
aku masuk boarding school since form 1 then sambung diploma di Arau, Perlis yg jauh ke utara tanah air which is very,very far far away from my house in Malacca. 

FRIENDS??? 
 emmm,,, aku ade kawan. tapi bersepah 1 Malaysia. even pernah rapat time asrama dulu pon sumenye dah lost contact lepas spm. then bile masok arau, jumpe kawan baru. but ramai yg macam kawan2 biasa je.

REASONS??? 
i dun know why.. is it b'coz i'm not a good frenz?? i dun know. but the fact is kalau ada kawan yg mintak tolong aku n kalau aku xde masalah pape memang aku suke tolong orang. tapi manusia kan. tak semua yg kite tolong tu akan menghargai bantuan kite. seriously, tujuan aku suke tolong orang bukan sebab nak org kawan ngn aku. NOPE! tu memang sifat natural aku yg tak bole duduk diam sementara tahu yg kawan kite tengah susah. 
  
TAKDE KAWAN RAPAT KE??? 
kadang2 aku rase aku yg syok sendiri nak mengaku si polan ni kawan rapat aku padahal die biase2 je ngn aku. dalam hati sedih doe. tapi nak buat macamne. maybe aku belom mampu menjadi kawan yg terbaik pd si polan tersebut. pastu, kadang2 bile kite selalu bersama dengan sahabat kite something like kite sekelas ke serumah ke yg membuatkan kite selalu dilihat sentiasa bersama2.. its not mean that we are very close friend okeyy.. that was happen to me. again and again. sampai aku rase aku ni hanya kawan sandaran semate2. bila susah cari aku. bila nak enjoy2 bile nak happy2 cari orang lain. sumpah doe sedih giler. nak2 dengan keadaan aku yg stay single mingle sampai laa ni memang tak bole nk tolong apa la kan...huhu..sedih betol hidup. 

GILER BOSAN KOT HIDUP KO!
yeke?? entah la. orang yg melihat tahu menilai. terpulang pada pendapat masing2 kan. dengan hubungan aku dgn family pon kureng. dgn kawan2 po n kureng. berangan jugak kdg2 nak bestfriends yg bole cite everything. then boleh bg kite advice yg berguna. tapi aku ada tahu aku ada 1 tempat mengadu yg paling ekslusif lagi vvvip.
SIAPA???
Allah yg Satu. pd Dia aku menangis. pd Dia aku mengadu. aku cerita semua isi hati aku yg sarat dgn kisah luka. luka ke??? entah la. kalau orang tak nak kat kite, takkan kite nak terhengeh2 kat org pulak kan. hidung aku belom mancung lagi nak tersorong2 kat org yg tak sudi. huhu.. wat peribahasa sendiri. disebabkan dah biasa sendiri dalam hati, aku dah lali kot. menyebabkan aku rase stay alone forever is better for those people like me. apabila dah terbiasa bersendiri, automatically kite mmg dah immune dgn situasi tu. bile kite alone, tak menyusahkan org, kite pon tak sakit hati dgn org. takde nak buang mase nak terase hati segala kejadah ni. tapi bab2 hati ni aku memang lemah sikit r cakap. memang cepat terasa. opppsss! pecah rahsia. ngeee~
sikap aku yg suke memerhatikan keadaan sekeliling maybe mnjadi faktor utama aku suke mendiamkan diri. 


PATUTLAH TAK RAMAI KAWAN PON. PENDIAM...
aku pendiam??? kalau org yg betol2 kenal aku takkan cakap aku pendiam. seriously. tapi ade mase la nak jadi mulut murai pon kan. dah jadi habit aku. aku lebih suke mendengar cerita orang , (BUKAN MENGUMPAT TAU) but more tooooooo story mory la.. any kind of story. kalau nak komen,ye aku akan komen. ada orang cerdik pandai pernah kate, lidah manusia ni setajam bilah pedang tau. kalau cakap sikit tak terase kat hati memang tak sah. lagi 1... berdiam diri tu lebih baik kalau takde benda penting untuk diborakkan. takut boleh jadi fitnah. sebab tu aku  lebih suke mendiamkan diri. aku lebih suke jadi diam2 ubi berisi org cakap. haaaaaa,kelas kau jah! bukak kelas peribahasa pulak malam ni. takde sape nak bace pon. so no worries... huhu... nak sajak?? boleh la pekena 1 puisi lagi eh malam ni. mempersembahkan bila puisi berbicara....^_^

ingin aku terkulai dalam dakapanMu
merasai nikmatMu
disemai dengan rasa cinta padaMu
taai itu satukepintaan untuk memiliki rahmatMu
aku tidak malu menjadi pengemis
mahu menagih simpatiMu
walaupun senggangku sering terlena
alpa melayari alam sini
tidak kujemu mendamba cintaMu
selagi Kau mengizin hatiku bersatu dalam lembayung kasihMu
senandung dukaku tidak kuragu dendangkan padaMu
kerna kutahu Kau sentiasa di sisiku
merapati jasadku
meniliki amalanku
biarpun itu kutahu
namu khilafku masih berserakkan
umpama debu pasir di pinggir pantai



Sunday, February 12, 2012

Biarkan aku terus bermimpi...

Salam. Selamat pagi i guess.. ^_^
jam menunjukkan 1.56 am and aku masih tak tido lagi. layan blog org punye pasal. bukan apa, kadang2 bile tgok post org lain baru datang idea nak tulis ape kat entry blog aku yg xde follower ni. huhu.. sedih sungguh. tapi takpe. sebab utama blog ni diaktifkan adalah sebagai ruang untuk aku berceloteh sendiri tentang diri aku.

5 tahun aku belajar kat MRSM or Maktab Rendah Sains MARA. then dapat rezeki sambung belajar dalam juruan Kimia Industri. but the truth about me is i love art and literature. what the???? YES. aku suka tulis puisi. aku suka tulis cerpen. aku suka novel. aku suka berbahasa. aku pernah hantar cerpen aku kat blog www.penulisan2u.blogspot.com then aku terima komen2 yg sangat positif. lame sebenarnye tak menulis cerpen sebab buzy study. tapi bile dah abis blaja diploma ni tergerak hati nak menulis balik. pernah menanam cita2 nak menulis novel. giler kan?? budak sains tapi nak jadi penulis. huhu. takut jugak orang akan fikir yg membazir je belajar sains selama ni. even family aku pon tak tahu asal minat aku yg satu ni. tapi since aku dah decide taknak sambung pelajaran ke peringkat yg seterusnya, tu yang terlintas balik nak start menulis. 

perhaps aku boleh buat senaskah novel aku. kan?? aku dah tekadkan hati. walau ape pon orang sekeliling nak cakap, walau ape pun saudara mara aku nak cakap, aku yakin rezeki Allah yg tentukan. kalau ada rezeki aku nak sambung degree nanti, saat itu akan sampai. takut jugak bile memikirkan nak masuk alam pekerjaan ni. of coz tak sama macam zaman study dulu. lagi banyak komitmen kot. nak walk in interview pon belom tentu lepas. nak2 orang macam aku ni confident level mmg tahap low giler baby la. hahaha. tu mmg kelemahan aku. tapi aku nak cari duit bantu family. tu je sebab utama aku tak sambung belajar. btw, tak semua peluang depan mate kite boleh capai. sometimes kite kena lepaskan peluang tu untuk kepentingan yg lain. aku letakkan sepenuh keyakinan aku pada Illahi.
last but not least, ni puisi aku. have a nice day!


anganku kian tinggi melangit
menuju terus ke angkasa tanpa pamit
menerjah cita yang tinggi terukir
yang dulunya hanya serungkai mimpi
lantas kujalin bersama harapan
moga realiti mula terhampar
terus ingatanku berputar
rupanya ku bermimpi di siang hari
bimbang ku nanti tangan tergantung tak sampai
kaki ku terpasak tak cecah
mimpiku terus terusik
namun tetap kulakar penuh indah bersemi
tidak semudah itu mimpiku terlerai
memang mustahil untuk dikotakan
tapi masih berbunga untuk dinyatakan
biarkan aku terus bermimpi dalam realiti yang belum pasti
namun ianya penuh impian untuk dipatri
biar ada ketikanya kalut aku sendiri