Sunday, February 26, 2012

Monolog kecil

senandung hati bergema lagi
tiba malam sendiri 
bermonolog dengan hati
berimaginasi dengan fantasi
sedapkan hati masih cerah masa depanku
sesungguhnya takdir bukan dalam genggaman kecil ini
tiap tapak yang melangkah
sudah ditentu
maka tiap detik yang berdenting
bukan aku pemiliknya
 hanya mampu kumenuntut
moga esok hariku 
masih mampu aku menitipkan senyuman.
 

Monday, February 20, 2012

Forever alone.

Salam. hai! jam menunjukkan jam pukul 11.38 malam skang ni dan tengah buat report tuk presentation LI ni tapi nak menyimpang kejap kat blog kesayangan ni.. well, nak berbicara tentang forever alone ni sebenarnye. siape?? aku?? YES. frankly speaking life aku macam bosan sebenarnye. 

WHY??? 
aku masuk boarding school since form 1 then sambung diploma di Arau, Perlis yg jauh ke utara tanah air which is very,very far far away from my house in Malacca. 

FRIENDS??? 
 emmm,,, aku ade kawan. tapi bersepah 1 Malaysia. even pernah rapat time asrama dulu pon sumenye dah lost contact lepas spm. then bile masok arau, jumpe kawan baru. but ramai yg macam kawan2 biasa je.

REASONS??? 
i dun know why.. is it b'coz i'm not a good frenz?? i dun know. but the fact is kalau ada kawan yg mintak tolong aku n kalau aku xde masalah pape memang aku suke tolong orang. tapi manusia kan. tak semua yg kite tolong tu akan menghargai bantuan kite. seriously, tujuan aku suke tolong orang bukan sebab nak org kawan ngn aku. NOPE! tu memang sifat natural aku yg tak bole duduk diam sementara tahu yg kawan kite tengah susah. 
  
TAKDE KAWAN RAPAT KE??? 
kadang2 aku rase aku yg syok sendiri nak mengaku si polan ni kawan rapat aku padahal die biase2 je ngn aku. dalam hati sedih doe. tapi nak buat macamne. maybe aku belom mampu menjadi kawan yg terbaik pd si polan tersebut. pastu, kadang2 bile kite selalu bersama dengan sahabat kite something like kite sekelas ke serumah ke yg membuatkan kite selalu dilihat sentiasa bersama2.. its not mean that we are very close friend okeyy.. that was happen to me. again and again. sampai aku rase aku ni hanya kawan sandaran semate2. bila susah cari aku. bila nak enjoy2 bile nak happy2 cari orang lain. sumpah doe sedih giler. nak2 dengan keadaan aku yg stay single mingle sampai laa ni memang tak bole nk tolong apa la kan...huhu..sedih betol hidup. 

GILER BOSAN KOT HIDUP KO!
yeke?? entah la. orang yg melihat tahu menilai. terpulang pada pendapat masing2 kan. dengan hubungan aku dgn family pon kureng. dgn kawan2 po n kureng. berangan jugak kdg2 nak bestfriends yg bole cite everything. then boleh bg kite advice yg berguna. tapi aku ada tahu aku ada 1 tempat mengadu yg paling ekslusif lagi vvvip.
SIAPA???
Allah yg Satu. pd Dia aku menangis. pd Dia aku mengadu. aku cerita semua isi hati aku yg sarat dgn kisah luka. luka ke??? entah la. kalau orang tak nak kat kite, takkan kite nak terhengeh2 kat org pulak kan. hidung aku belom mancung lagi nak tersorong2 kat org yg tak sudi. huhu.. wat peribahasa sendiri. disebabkan dah biasa sendiri dalam hati, aku dah lali kot. menyebabkan aku rase stay alone forever is better for those people like me. apabila dah terbiasa bersendiri, automatically kite mmg dah immune dgn situasi tu. bile kite alone, tak menyusahkan org, kite pon tak sakit hati dgn org. takde nak buang mase nak terase hati segala kejadah ni. tapi bab2 hati ni aku memang lemah sikit r cakap. memang cepat terasa. opppsss! pecah rahsia. ngeee~
sikap aku yg suke memerhatikan keadaan sekeliling maybe mnjadi faktor utama aku suke mendiamkan diri. 


PATUTLAH TAK RAMAI KAWAN PON. PENDIAM...
aku pendiam??? kalau org yg betol2 kenal aku takkan cakap aku pendiam. seriously. tapi ade mase la nak jadi mulut murai pon kan. dah jadi habit aku. aku lebih suke mendengar cerita orang , (BUKAN MENGUMPAT TAU) but more tooooooo story mory la.. any kind of story. kalau nak komen,ye aku akan komen. ada orang cerdik pandai pernah kate, lidah manusia ni setajam bilah pedang tau. kalau cakap sikit tak terase kat hati memang tak sah. lagi 1... berdiam diri tu lebih baik kalau takde benda penting untuk diborakkan. takut boleh jadi fitnah. sebab tu aku  lebih suke mendiamkan diri. aku lebih suke jadi diam2 ubi berisi org cakap. haaaaaa,kelas kau jah! bukak kelas peribahasa pulak malam ni. takde sape nak bace pon. so no worries... huhu... nak sajak?? boleh la pekena 1 puisi lagi eh malam ni. mempersembahkan bila puisi berbicara....^_^

ingin aku terkulai dalam dakapanMu
merasai nikmatMu
disemai dengan rasa cinta padaMu
taai itu satukepintaan untuk memiliki rahmatMu
aku tidak malu menjadi pengemis
mahu menagih simpatiMu
walaupun senggangku sering terlena
alpa melayari alam sini
tidak kujemu mendamba cintaMu
selagi Kau mengizin hatiku bersatu dalam lembayung kasihMu
senandung dukaku tidak kuragu dendangkan padaMu
kerna kutahu Kau sentiasa di sisiku
merapati jasadku
meniliki amalanku
biarpun itu kutahu
namu khilafku masih berserakkan
umpama debu pasir di pinggir pantai



Sunday, February 12, 2012

Biarkan aku terus bermimpi...

Salam. Selamat pagi i guess.. ^_^
jam menunjukkan 1.56 am and aku masih tak tido lagi. layan blog org punye pasal. bukan apa, kadang2 bile tgok post org lain baru datang idea nak tulis ape kat entry blog aku yg xde follower ni. huhu.. sedih sungguh. tapi takpe. sebab utama blog ni diaktifkan adalah sebagai ruang untuk aku berceloteh sendiri tentang diri aku.

5 tahun aku belajar kat MRSM or Maktab Rendah Sains MARA. then dapat rezeki sambung belajar dalam juruan Kimia Industri. but the truth about me is i love art and literature. what the???? YES. aku suka tulis puisi. aku suka tulis cerpen. aku suka novel. aku suka berbahasa. aku pernah hantar cerpen aku kat blog www.penulisan2u.blogspot.com then aku terima komen2 yg sangat positif. lame sebenarnye tak menulis cerpen sebab buzy study. tapi bile dah abis blaja diploma ni tergerak hati nak menulis balik. pernah menanam cita2 nak menulis novel. giler kan?? budak sains tapi nak jadi penulis. huhu. takut jugak orang akan fikir yg membazir je belajar sains selama ni. even family aku pon tak tahu asal minat aku yg satu ni. tapi since aku dah decide taknak sambung pelajaran ke peringkat yg seterusnya, tu yang terlintas balik nak start menulis. 

perhaps aku boleh buat senaskah novel aku. kan?? aku dah tekadkan hati. walau ape pon orang sekeliling nak cakap, walau ape pun saudara mara aku nak cakap, aku yakin rezeki Allah yg tentukan. kalau ada rezeki aku nak sambung degree nanti, saat itu akan sampai. takut jugak bile memikirkan nak masuk alam pekerjaan ni. of coz tak sama macam zaman study dulu. lagi banyak komitmen kot. nak walk in interview pon belom tentu lepas. nak2 orang macam aku ni confident level mmg tahap low giler baby la. hahaha. tu mmg kelemahan aku. tapi aku nak cari duit bantu family. tu je sebab utama aku tak sambung belajar. btw, tak semua peluang depan mate kite boleh capai. sometimes kite kena lepaskan peluang tu untuk kepentingan yg lain. aku letakkan sepenuh keyakinan aku pada Illahi.
last but not least, ni puisi aku. have a nice day!


anganku kian tinggi melangit
menuju terus ke angkasa tanpa pamit
menerjah cita yang tinggi terukir
yang dulunya hanya serungkai mimpi
lantas kujalin bersama harapan
moga realiti mula terhampar
terus ingatanku berputar
rupanya ku bermimpi di siang hari
bimbang ku nanti tangan tergantung tak sampai
kaki ku terpasak tak cecah
mimpiku terus terusik
namun tetap kulakar penuh indah bersemi
tidak semudah itu mimpiku terlerai
memang mustahil untuk dikotakan
tapi masih berbunga untuk dinyatakan
biarkan aku terus bermimpi dalam realiti yang belum pasti
namun ianya penuh impian untuk dipatri
biar ada ketikanya kalut aku sendiri

Saturday, February 4, 2012

Kata hati

bila cakap soal hati
susah untuk difahami
tutur di bibir serta kata di hati 
simpangnya nyata berbeza
diri sendiri sukar mengerti
apatah lagi mahu orang asing menerokai
perlukah berbicara sendiri lagi
tanpa ada solusi yang pasti
perihnya hati bila berdepan realiti
mengapa tidak boleh kulemparkan saja kata dari hati
mengapa perlu kutelan semua kata bibir dari yang lain